LUMUT VS Padang Besar..kejo yob!!






Assalamualaikum w.b.t salam 1 Malaysia,buat pengunjung laman blog dan ahli-ahli pemuda UMNO.Pada tarikh 2.01.2010 Pemuda UMNO Bahagian Lumut telah dikunjungi rombongan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar seramai 43 orang serta exco-exconya mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak di padang astaka jam 5 petang.Kunjungan ini adalah lebih mementingkan ikatan perkenalan mengeratkan silaturahim antara dua badan organisasi.Apa yang dapat dikongsikan bersama adalah keadaan suasana ramah mesra ini membincangkan hal-hal keadaan rakyat serta pengalaman masing-masing menangani masalah rakyat di tempat masing-masing.Perlawanan persahabatan bola sepak ini dimenangi oleh pasukan Pemuda UMNO Bahagian Lumut dengan jaringan 2-1.Kemeriahan suasana ini wajar di teruskan dengan ditontoni oleh peminat-peminat bola sepak daerah Manjung dengan penuh kegembiraan.Dari pihak tuan rumah mengucapkan selamat datang dan pulang dengan selamat semoga ikatan ini menjadi satu ingatan dan sudah tentu pihak tuan rumah akan membalas lawan persahabatan bola sepak di Padang Besar…salam 1 Malaysia.


*Sila ke galeri foto untuk melihat gambar-gambar seterusnya