Cawangan Baru UMNO

Pada tarikh 22.11.2009 (ahad) cawangan UMNO baru di Seri Manjung iaitu cawangan Taman Samudera yang di rasmikan oleh ketua bahagian Lumut Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir merangkap Menteri Besar Perak.Tambahan cawangan baru ini amat disokong oleh Dato’ Seri dan ahli-ahli UMNO bahagian Lumut untuk menambah keahlian dan yang lebih penting bagi menyokong perjuangan UMNO untuk bangsa melayu terus mengangkat pemimpin UMNO yang kemungkinan menjadi calon di hari pilihanraya ke-13 kelak di kawasan DUN Pasir Panjang.Perjuangan harus diterjemahkan dengan penuh keikhlasan dan bukan berpura-pura untuk di tontoni oleh rakyat.Inilah antara harapan Dato’ Seri kepada sekalian ahli UMNO.Berjuanglah dan terus berjuang untuk rakyat.

Gambar di atas dalam beberapa hari selepas perasmian, penyerahan papan tanda cawangan Taman Samudera oleh ketua pemuda UMNO bahagian Lumut saudara Shahril bin Yahaya kepada wakil cawangan.Harapan saudara Shahril adalah dapat mengumpul seramai mungkin pemuda-pemuda sebagai ahli UMNO di cawangan baru ini untuk lebih menjadi saingan positif kepada cawangan-cawangan lain dan yang lebih penting mendaftar sebagai pengundi.Kerjasama erat perlu di perhebatkan antara pemuda bahagian dan cawangan sebagai ikatan kasih saling bantu membantu dalam perjuangan sebenar.Salam 1 Malaysia untuk rakyat, Rakyat di utamakan.