Pemuda ke akar umbi...







Assalamualaikum w.b.t salam 1 Malaysia , Maha Kaya Allah S.W.T dan syukur kepadaNYA dapat kita saling mengatahui dan bersama setiap aktivitip pemuda UMNO bahagian Lumut dalam ruangan blog ini. Salam dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta seluruh keluarga dan para sahabatnya.

Pada hari ahad bertarikh 29.11.2009 (Raya ke-3 Aidiladha) Pemuda UMNO Lumut serta rombongannya bersama AJK pemuda bahagian Lumut ke Sekolah Rendah Kebangsaan Kayan untuk bersama pemuda-pemuda UMNO kampung kayan dalam perlawanan persahabatan bola sepak 9 sebelah serta penyerahan alatan sukan kepada pemuda kampung Kayan yang di ketuai oleh saudara Yusof bin Rahim tanda tanggungjawab dan amanah sebagai ketua pemuda UMNO bahagian Lumut saudara Shahril bin Yahaya untuk mengalakkan kepada sekalian pemuda-pemuda kampung Kayan untuk terus hidup membudayakan sukan juga untuk kecergasan fizikal,mencerdaskan mental.

Turut hadir juga ketua kampung Kayan Tuan Haji Ahdan dan AJKnya menyempurnakan sepak mula.Tiada apa yang lebih penting melainkan ikatan ramah mesra saling mengukuhkan ikatan silaturahim ke akar umbi.Dalam ucapan saudara Shahril adalah pengisian yang penting ialah mendaftar sebagai pengundi di SPR kerana tidak ada gunanya kekuatan sesebuah kumpulan politik itu jika tidak mendaftar sebagai layak mengundi ini dapat memanjangkan bentuk perjuangan bangsa melalui politik di bawah bumbung bangsa bernama UMNO.

Aktiviti seperti ini insyaAllah akan di teruskan sebagai riadah pemimpin pemuda ke akar umbi juga mendengar suara pemuda akar umbi dan menyampaikan matlamat sebenar kepada pemuda-pemuda agar memahami peranan sebagai pelapis pemimpin akan datang untuk agama,bangsa dan negara.Pemuda UMNO bahagian Lumut sebolehnya tidak mahu golangan pemuda di biarkan tanpa hala tuju hidup yang tidak sempurna malah berfikiran kelas ke-3 dan hanya ilmu sahajalah dapat memberi jalan mengajar tentang diri agar dapat usaha mengubah cara hidup lebih berdikari dengan usaha dan pertolongan dengan cara yang betul.Kepada pembaca blog ini agar kita hayatilah bangsa kita…masih jauh lagi perjuangannya yang tidak akan selesai kerana ini amanah dunia akhirat kelak.Sama-sama kita usahakan yang terbaik.


Salam 1 Malaysia